Monday 22 June 2015

Kelahiran Alami atau Kaedah Kelahiran di Hospital

Kelahiran Alami
atau
Kaedah Kelahiran di Hospital

Hadirnya tulisan adalah kerana keadaan semasa yang menjadi viral di dalam facebook atau mana-mana media social yang lain berkenaan topik “ natural birth” atau dikenali oleh para doctor sebagai “ unassisted birth

Kajian ini adalah kajian ilmiah yang memaparkan sudut pandang mencakup semua bahagian.
  1. 1.  Agama
  2. 2.  Emosi
  3. 3.  Sains
  4. 4.  Masyarakat
  5. 5.  Adat istiadat

Penulis menggunakan method mendatang hujah jelas berdasarkan kajian semasa yang kini mudah di cari internet. Melalui website- website antarabangsa. Jurnal-jurnal perubatan terkini, serta kajian saintific dari website kimia. Bahkan terdapat banyak buku baku yang dijadikan rujukan dalam kajian ini juga.

Menggunakan E-book sebagai medium penyampaian adalah bertujuan agar para pembaca boleh menyemak sendiri seluruh rujukan penulis lewat url yang disertakan dinota kaki.

Lebih memudahkan lagi, pautan video turut di lampirkan. Penggunaan bahan-bahan pembelajaran para doktor dan midewife lebih meyakinkan.

Penulis mempunyai keilmuan dalam bidang Kimia daripada Universiti Malaysia Sabah, dan turut mempunyai asas dalam bidang biologi. Maka membaca dan memahami apa yang disampaikan oleh para doktor dalam jurnal mereka tidak menjadi satu masalah.

Pengalaman penulis yang sudah mempunyai isteri dan telah melihat,mendengar,merasa, terlibat dan mengkaji proses kelahiran ketiga-tiga anak lelaki penulis menyebabkan penulis berani membuat satu kumpulan ilmu dalam bentuk E-book ini.

Menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perbahasan di dalam tulisan ini,tidak menjatuhkan tingkatan kualitinya, kerana bagi penulis, kita kena faham dan sampaikan dengan cara paling mudah kepada pembaca agar ilmu itu difahami dengan kefahaman yang paling tepat. Janganlah kita menjadi burung murai yang membaca tetapi tidak faham isi kandungan bacaan.

Bahasa ilmu bukanlah bahasa enggeris tetapi bahasa Arab. Bahasa enggeris adalah bahasa orang eropah. Bangsa Jepun maju kerana semua urusan mereka dalam bahasa jepun. Begitu juga China, korea, India, Arab dan kebanyakan Negara maju. Hatta Amerika Syarikat pun maju sebab bahasa enggeris adalah bahasa harian mereka.

Maka penulis menyusun tulisan ini sebaik mungkin agar ia boleh menjadi sedikit bahan rujukan ataupun sekurang-kurangnya pembuka jalan kepada ilmu kelahiran untuk para ibu.

Penulis menyasarkan agar E-book ini dimiliki oleh semua ibu yang memahami bahasa melayu. Ia mempunyai banyak bahagian, dan total jumlah muka surat adalah 60.

Universiti kehidupan tak pernah ada gradusi, melainkan di hadapan Rab di akhirat kelak, maka tak salah kita terus menimba ilmu.

Isi kandungannya:





Ia bukan untuk dijual, tapi di kaji dan dipelajari




Tulisan ini ditujukan kepada:
1.  Semua wanita terutamanya ibu agar mereka tahu dan bersedia untuk menghadapi situasi yang mejoriti semua wanita akan mengalaminya. Iaitu bersalin.
2.  Para pengamal perubatan, iaitu para doktor disemua bidang agar tahu dan menerangkan kepada pesakit sebab dan akibat setiap proses yang mereka lakukan.
3.  Para pengamal perubatan alternatif, agar mereka tahu dimana mereka berpijak.
4.  Jabatan Kesihatan, agar memberikan ruang dan peluang kepada Ibu memilih cara kelahiran anak mereka kerana akibatnya Ibu yang akan menanggungnya.
5.  Kepada pencari kebenaran. Islam adalah agama yang lengkap,tidak ada satu pekara pun yang tidak dijelaskan.
6.  Kepada orang awam, agar jangan sewenang-wenangnya mengkritik atau menghina pilihan yang dibuat oleh seorang ibu dalam cara melahirkan anaknya.
7.  Seluruh manusia yang tahu membaca, bacalah kerana dengan membaca banyak perkara akan tersingkap dengan jelas.





 tekan disini




ADA BEBERAPA LINK TERPAKSA PENULIS REMOVE UNTUK TATAPAN UMUM KERANA IA MELIBATKAN AURAT. PENULIS HANYA BOLEH BERIKAN KEPADA PARA DOKTOR YANG BENAR-BENAR INGIN MENGKAJI SAHAJA, BOLEH WHATSAPP KE NO

01128369452(Abu Urwah Nasarudin)


dan penulis akan memberikan ebook melalui email. Pastikan anda mempunyai email yang aktif. Boleh juga melalui pautan di messager facebook.





No comments:

Post a Comment